13 Jun 2026 – Program Bengkel Asas AI ChatGPT: Kuasai Dengan Mudah! telah berjaya dilaksanakan di NADI Kampung Sungai Serai, Hulu Langat dengan penyertaan yang memberangsangkan daripada para peserta yang berminat untuk mempelajari teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Program yang berlangsung dari 9.00 pagi hingga 1.00 petang ini merupakan inisiatif di bawah Program Cakna Bangun Ekonomi (PACBE) anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Selangor (PPWN). Bengkel telah dikendalikan oleh Puan Suzana binti Mustafa sebagai tenaga pengajar.


