PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Berita Aktiviti NADI E-Sukan Madani Legend (Mobile Legends) – Peringkat Saringan NADI

5/7/2026 –  NADI Kampung Sungai Serai telah berjaya menganjurkan Pertandingan NADI E-Sukan Madani Legend (Mobile Legends) Musim Ke-4 bagi Peringkat Saringan NADI.

Pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 6 kumpulan, melibatkan 36 orang peserta yang hadir untuk bersaing secara sihat dalam suasana penuh semangat kesukanan. Sepanjang pertandingan berlangsung, setiap pasukan mempamerkan kerjasama, strategi serta kemahiran permainan yang tinggi bagi merebut peluang untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Program ini bukan sahaja bertujuan mencungkil bakat dalam bidang e-sukan, malah menggalakkan belia memanfaatkan permainan digital secara positif, membina semangat berpasukan, komunikasi yang berkesan serta nilai sportiviti.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen dan persembahan terbaik sepanjang pertandingan berlangsung. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan penganjuran NADI E-Sukan Madani Legend (Mobile Legends) Musim Ke-4 di NADI Kampung Sungai Serai.

Berita Berkaitan