PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Berita Aktiviti NADI Mahir Jahit – Pouch Bag Comel

   

22/04/2026 – Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menghasilkan Pouch Bag Comel menerusi Program NADI Mahir Jahit yang dikendalikan oleh Cikgu Wawa.

Sepanjang sesi pembelajaran, peserta didedahkan dengan teknik asas menjahit serta cara menghasilkan pouch bag menggunakan kain bercorak yang menarik. Dengan bimbingan yang diberikan, setiap peserta berjaya menyiapkan hasil tangan masing-masing dengan kemas dan kreatif.

Program ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran menjahit, malah turut memberi pendedahan kepada peserta tentang penghasilan produk yang berpotensi dijadikan sumber pendapatan sampingan. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk menghasilkan lebih banyak produk kreatif pada masa akan datang.

Terima kasih kepada semua peserta atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung. Nantikan lebih banyak kelas kemahiran menarik di NADI.

Berita Berkaitan