Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni

NADI Kampung Sungai Serai Menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68
NADI Kampung Sungai Serai dengan penuh bangga telah menyertai Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 yang berlangsung meriah di Dataran Pangsapuri Intan, Taman Bukit Permai, Pandan. Majlis penuh patriotik ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohd Rafizi Bin Ramli, Ahli Parlimen Pandan.
Pada sambutan yang penuh semangat perpaduan ini, NADI Kampung Sungai Serai turut diberi penghormatan sebagai juri bagi Pertandingan Keceriaan Blok, yang menampilkan kreativiti dan usaha penduduk dalam menghias blok kediaman dengan elemen kenegaraan dan semangat Malaysia MADANI. Barisan juri telah menjalankan proses penilaian dengan mengira markah secara terperinci dari satu blok ke satu blok, melibatkan keseluruhan lima (5) blok yang menyertai pertandingan keceriaan tersebut. Setiap blok dinilai berdasarkan kreativiti, kekemasan, elemen patriotik serta semangat kerjasama penduduk dalam menjayakan sambutan Hari Kebangsaan Ke-68.
Penglibatan ini membuktikan komitmen berterusan NADI Kampung Sungai Serai dalam menyokong aktiviti komuniti serta memperkukuhkan semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.


